Gambaran Instrumen Kewangan

Pasaran matawang / Pasaran saham / Pasaran komoditi

Proses pengantarabangsaan pasaran kewangan semakin berkembang. Saham, komoditi dan pasaran matawang menjadi semakin popular dan mesra termasuk meningkatkan likuiditi mereka. Bukan hanya akses ke instrumen kewangan modal asing menjadi pencapaian serius dalam pasaran kewangan moden, tetapi juga akses mudah untuk pelabur dengan modal yang kecil. Kini semua orang boleh menyertai perdagangan saham, komoditi atau pasaran matawang, walaupun dengan deposit yang kecil - bermula dengan beberapa ratus dolar! Kemajuan teknologi Internet dan populariti bursa saham elektronik menggerakkan perdagangan saham ke tahap baru - integrasi ruang elektronik antarabangsa, membolehkan sesiapa sahaja menjadi peserta.

Kini pelabur ditawarkan untuk membuka hanya satu akaun, dimana transaksi boleh dijalankan pada instrumen kewangan pada pasaran yang berlainan sama sekali - Forex (pasaran matwang), sekuriti (Saham / Bekalan) atau pasaran Komoditi.

Pasaran matawang / Pasaran Forex

Pasaran matawang (Forex atau pertukaran asing) merupakan pasaran global, dimana matawang sesuatu negara ditukarkan untuk matawang negara lain. Pasaran matawang tidak mempunyai sebarang tempat perdagangan yang tetap dan dengan sifat perdagangan ia boleh didefinasikan sebagai pasaran 'over-the-counter' (pasaran OTC). Forex adalah rangkaian peniaga matawang yang luas, dihubungkan diantara satu sama lain menggunakan kemudahan telekomunikasi, berfungsi sebagai satu mekanisma 24 jam sehari.

Matawang utama dengan saham terbesar dalam pasaran matawang adalah US dollar (USD), euro (EUR), Japanese yen (JPY), Swiss franc (CHF) dan English pound sterling (GBP). Setiap pasaran matawang mempunyai keperluan tersendiri.

Pasaran matawang beroperasi 24jam sehari, 5 hari seminggu (kecuali pada cuti umum), kerana pada setiap zon waktu terdapat institusi, yang membeli dan menjual matawang semasa hari bekerja. Pasaran dibuka jam 00:00 (GMT) pada Isnin dan ditutup jam 0:00 pada Sabtu. Operasi berterusan ini membuatkan pasaran matawang menjadi menarik bagi pelaburan dan perdagangan spekulatif.

Ciri penting yang lain pada Pasaran matawang adalah leveraj yang besar:

Nisbah leveraj 1:100 pada pasaran matawang membenarkan transaksi dengan jumlah seratus kali lebih tinggi daripada deposit. Kadar turun naik harian (Volatility) pada pertukaran matawang adalah 150-250 mata. Ini bermakna setiap hari mempunyai kemungkinan meraih 1500-2500 USD daripada setiap kontrak beli atau jual. Pada pasaran matawang, sudah tentu, kadang kala terdapat turun naik yang kuat (campur tangan bank pusat, berita penting) dan kurang kuat (jangkaan peristiwa penting), tetapi dengan pengurusan yang cekap pasaran ini memberikan keuntungan maksimum dengan gabungan keperluan margin yang rendah. Perkhidmatan popular terkini adalah perdagangan 1/10 lot, dimana keuntungan dan kerugian dikurangkan 10 kali sepadan, memberikan peluang untuk mempelajari keadaan pasaran sebenar, tanpa merisikokan sejumlah wang.

Pasaran saham / Bursa saham

Pertukaran saham merupakan pasaran, dimana sekuriti dijual dan dibeli mengikut nilai yang ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Fungsi utama pertukaran saham adalah menyediakan peluang kepada syarikat awam dan negeri bagi menarik pelaburan dengan menjual sekuriti. Pertukaran saham juga bertindak sebagai pasaran kedua, membenarkan sebahagian pelabur menjual sekuriti mereka kepada pelabur lain, memastikan likuiditi dan mengurangkan risiko, berkaitan aktiviti pelaburan. Likuiditi pada pertukaran saham adalah lebih rendah daripada pertukaran Forex. Wang adalah wang, dan ia adalah mustahil, sebagai contoh, Great Britain atau Jepun mengisytiharkan matawang mereka adalah tidak sah. Oleh itu, likuiditi pada matawang dunia adalah 100%; walau bagaimanapun, kebankrapan syarikat komersial adalah sesuatu yang mungkin.

Masa operasi pertukaran saham tidak melebihi masa standard waktu bekerja, jadi masa untuk berdagang adalah terhad. Jika, sebagai contoh, anda memilih saham syarikat Amerika, perdagangan di Bursa Saham New York, tempoh transaksi bersama mereka adalah dari jam 14:30 (GMT) hingga 21:00. Tetapi terdapat kelebihan tertentu disini - spekulasi pada perbezaan pembukaan. Peluang ini tidak didapati pada pasaran matawang.

Keperluan margin di pertukaran saham adalah lebih tinggi daripada pasaran matawang. Ini disebabkan oleh turun naik yang kuat pada harga saham berbanding pada matawang. Sebagai contoh, turun naik harian saham Microsoft mungkin mencecah $1-2 dan lebih. Dengan nilai pasaran adalah $30, turun naik tersebut adalah besar. Oleh sebab itu, leveraj yang disediakan untuk pasaran tersebut adalah dalam nisbah 1:10.

Pasaran komoditi

Pasaran komoditi merupakan pasaran, dimana komoditi dibeli dan dijual. Pasaran komoditi berbeza dengan pasaran tetap oleh bentuk organisasi perdagangan tertentu mengikut peraturan yang ditubuhkan. Fungsi utama pertukaran komoditi adalah jaminan komunikasi diantara pembeli dan penjual, apabila transaksi dijalankan dengan kumpulan barangan yang boleh didapati. Pertukaran, semasa membangunkan, mula mewujudkan perdagangan kastam, komoditi standard, kontrak standard, melaksanakan sebut harga, menyelesaikan pertikaian, dan lain-lain.

Barangan bagi perdagangan antarabangsa terkini adalah kira-kira 70 jenis barangan, mempunyai 30% perolehan komoditi antarabangsa. Ini termasuk logam (berharga, asas, jarang), 'produk lembut' (kopi, koko, gula, lada), bijirin, benih, ternakan, sumber kuasa (gas, bahan mentah, produk minyak).

Komoditi tidak berada dalam pertukaran, tetapi dijual dan dibeli tanpa pembentangan dan pemeriksaan. Transaksi diselesaikan pada asas kontrak pertukaran standard, kualiti peraturan yang ketat dan terma penghantaran. Pada pertukaran mereka menjual dan membeli bukan kumpulan barangan tertentu, tetapi kontrak saham, dengan menyatakan amaun barangan tertentu, jenis, kelas, seperti yang ditetapkan oleh penukar. Penjual pada pertukaran menghantar ke pembeli bukan komoditi, tetapi dokumen, mengesahkan tajuk barangan. Kebanyakan perolehan penukaran antarabangsa mengambil tempat di niaga hadapan dan pertukaran opsyen, dimana mereka berdagangan opsyen dan kontrak niaga hadapan.

Jumlah perdagangan pada pertukaran tersebut telah meningkat beberapa ratus kali ganda berdasarkan fakta, semua transaksi adalah rekaan (hanya 1-2% transaksi yang berakhir dengan penghantaran barangan, dan yang lain - dengan perbezaan harga pembayaran). Harga pada pertukaran tersebut adalah lebih turun naik jika dibandingkan dengan pertukaran saham, dan risiko utama adalah berkaitan dengan arah pergerakan harga. Sebut harga turun naik berpunca daripada aksi spekulasi; sebab itu ia amatlah susah untuk membuat ramalan pada pasaran tersebut. Oleh sebab itu, peniaga baru tidak digalakkan berdagang pada pertukaran komoditi.

Currency market / Stock market / Commodity market
*  Artikel ini telah disediakan dan ditulis oleh pakar di jabatan analitik Syarikat Larson & Holz IT Ltd : Pasaran matawang / Pasaran saham / Pasaran komoditi
Semua hak cipta terpelihara.
 Kaedah terbaru pengisian akaun dan pengeluaran telah ditambah baru-baru ini.
27.04.2017
 Peniaga yang bekerja dengan kontrak CFD dalam saham syarikat terbesar dunia adalah dijemput untuk menyemak jadual pembayaran dividen yang terkini
27.04.2017