Pemasangan Metatrader untuk OS Mac

Pengenalan

Produk Apple adalah kejayaan besar. Syarikat MetaQuotes Software Corp. melihat secara dekat sfera teknologi computer dan telah mengeluarkan aplikasi mudah alih istimewa untuk peranti-iOS - MetaTrader 4 untuk iPhone dan MetaTrader 5 untuk iPhone.

Komuniti Forum MQL4 telah banyak kali menaikkan isu berkenaan pelancaran MetaTrader4 di bawah OS Mac. Artikel ini memberitahu cara menggunakan MetaTrader 4 di bawah sistem operasi popular yang dicipta oleh Apple dengan mudah.

Pasang Wine pada OS Mac

Terminal pelanggan boleh dipasang dan dijalankan pada computer dengan OS Mac menggunakan Wine. Wine adalah perisian percuma yang membolehkan pengguna berdasarkan sistem Unix menjalankan aplikasiyang dibangunkan untuk sistem Microsoft Windows. Diantara semua versi Wine, ada satu untuk OS Mac.

Perhatian bahawa aplikasi Wine tidak stabil sepenuhnya. Oleh itu, sesetengah fungsi dalam aplikasi yang anda mulakan dibawahnya mungkin tidak bekerja dengan betul atau tidak bekerja langsung.

Untuk pemasangan pada OS Mac kami mengesyorkan anda menggunakan aplikasi PlayOnMac. PlayOnMac adalah perisian berdasarkan Wine untuk kemudahan pemasangan aplikasi Windows pada OS Mac.

Pemasangan PlayOnMac

Untuk memasang PlayOnMac, buka laman web rasmi produk, pergi ke bahagian Muat turun dan klik pautan untuk memuat turun versi terkini.

Selepas pakej DMG dimuat turun, lancarkannya dari bahagian Muat turun sistem anda:

Pelancaran pertama tetingkap PlayOnMac akan menjelma. Selepas mengklik “Seterusnya”, pemasang akan mula menyemak dan memasang pelbagai komponen yang diperlukan untuk bekerja.

Komponen pertama yang diperlukan adalah XQuartz. Ini adalah perisian untuk menggunakan Sistem Window X pada OS Mac. Sistem Window X menyediakan peralatan dan protokol standard untuk membina papan muka pengguna grafik dalam OS seperti Unix.

Sekiranya anda telah memasang XQuartz atau ingin memasangnya kemudian, pilih “Jangan pasang XQuartz pada masa ini” atau “Saya telah memuat turun fail”, masing-masing. Pemasangan XQuartz dilakukan dalam beberapa peringkat. Pertama sekali, anda perlu membaca maklumat penting (Baca Saya) dan menerima syarat-syarat lesen..

Sebelum pemasangan anda perlu memasukkan kata laluan akaun anda:

Tunggu hingga pemasangan selesai. Untuk perubahan berkuatkuasa, anda perlu memulakan semula PC anda..

Selepas memulakan semula sistem, lancarkan PlayOnMac sekali lagi dari fail tetapan dalam fail Muat turun. Tetingkap pelancaran pertama akan menjelma lagi. Kali ini, pemasang akan menawarkan pemasangan fon MS Windows yang diperlukan untuk operasi yang betul.

Terima syarat-syarat perjanjian lesen dan tunggu hingga pemasangan selesai. Selepas itu PlayOnMac sedia untuk digunakan. Tetingkap utamanya akan menjelma:

Mengemaskini Wine

Wine v. 1.4 dipasang bersama-sama dengan PlayOnMac. Wine 1.4.1 adalah versi terkini yang stabil pada masa ini. Keluaran Wine 1.5.21 beta mengandungi banyak penambahbaikan turut didapati untuk dimuat turun. Tetapi, ia mungkin kurang stabil. Disyorkan anda memasang versi terbaru Wine. Untuk menaik taraf Wine kepada versi terbaru, buka menu atas PlayOnMac dan pilih Manage Wine Versions:

Tetingkap dengan versi Wine didapati untuk pemasangan akan terbuka. Pilih versi terbaru (1.5.21 pada masa ini).

Pergi ke versi Wine terkini di sebelah kanan tetingkap. Pemasangan akan bermula.

Selepas pemasangan selesai, versi terbaru Wine anda menjelma pada bahagian kiri tetingkap versi PlayOnMac manager. Anda boleh menutup tetingkap tersebut dan memasang terminal perdagangan MetaTrader 4.

Pemasangan MetaTrader 4

Untuk memasang MetaTrader4 muat turun kit pengedaran daripada laman web rasmi www.metatrader4.com. Selepas muat turun selesai lancarkan fail tetapan. PlayOnMac akan digunakan untuk membukanya secara automatik.

Selepas proses pemasangan terminal standard dilancarkan, ikuti semua langkah-langkah ini:

Apabila pemasangan selesai, PlayOnMac akan menawarkan anda untuk mencipta pintasan untuk komponen terminal – terminal pelanggan dan MetaEditor untuk mengedit kod:

Selepas mencipta pintasan yang diperlukan, anda boleh menggunakan MetaTrader. Klik dua kali pada tetingkap PlayOnMac untuk melancarkan terminal..

Inilah rupa terminal pelanggan yang dilancarkan bawah OS Mac:

Isu yang Diketahui

Seperti yang telah disebut di atas, Wine bukan sepenuhnya perisian yang stabil. Sesetengah fungsi terminal mungkin tidak bekerja dengan betul. Pada masa ini isu berikut telah dijumpai:


Selain masalah di atas, anda boleh menikmati semua ciri-ciri terminal pelanggan di OS Mac.

Direktori Data Terminal

PlayOnMac mencipta pemacu logic maya dengan persekitaran yang diperlukan untuk setiap program yang dipasang. Laluan tetapan untuk fail data terminal pemasangan adalah berikut:

Library\PlayOnMac\WinePrefix\Client_Terminal_\Drive C\Program Files\Client Terminal